About this course
Kursus Latihan Ejen:
Panduan Lengkap untuk Memulakan Perjalanan Anda
Selamat datang ke kursus latihan kami!
Kursus ini direka khas untuk membantu anda memahami cara menggunakan sistem dengan mudah dan efisien. Dalam kursus ini, anda akan belajar cara menguruskan pesanan pertama anda, melengkapkan profil anda, dan mengenali fungsi utama dalam sistem untuk menyokong kejayaan perniagaan anda.
Kursus ini dijangka mengambil masa sekitar 1 hingga 2 jam untuk diselesaikan, dan anda akan menerima sijil setelah tamat kursus sebagai pengiktirafan atas usaha dan pencapaian anda.
Apa yang Akan Anda Pelajari dalam Kursus Ini:
- Log Masuk dan Penetapan Kata Laluan: Panduan log masuk pertama kali dengan nama pengguna dan kata laluan sementara.
- Menetapkan Profil dan Maklumat Akaun: Cara mengemas kini maklumat asas seperti kata laluan, gambar, dan butiran peribadi.
- Proses Membuat Pesanan Pertama: Panduan langkah demi langkah untuk membuat pesanan pertama anda dalam sistem.
- Navigasi Fungsi Utama dalam Sistem: Termasuk dashboard, paparan pesanan, dan laporan jualan.
- Tips Navigasi untuk Kerja Lebih Lancar: Memahami fungsi pencarian, penapis, dan tab untuk meningkatkan produktiviti.
Siapa yang Sesuai Mengambil Kursus Ini:
Kursus ini sesuai untuk semua ejen baru yang ingin memahami sistem dengan lebih mendalam. Sama ada anda baru bermula atau ingin memperkukuhkan kefahaman anda, kursus ini memberikan panduan asas yang diperlukan.
Apa yang Anda Akan Capai Selepas Menyelesaikan Kursus Ini:
- Keyakinan untuk menggunakan sistem bagi mengurus pesanan, laporan jualan, dan komisen.
- Pengetahuan asas tentang fungsi utama dalam sistem untuk memulakan perniagaan anda.
- Sijil tamat kursus sebagai pengiktirafan rasmi atas penyertaan dan pencapaian anda.
Modul 1: Pengenalan kepada Sistem Ejen
Kursus 1: Log Masuk ke Akaun
(Video tutorial: 2-3 minit)
- Log Masuk Kali Pertama:
- Anda akan menerima emel daripada HQ yang mengandungi pautan log masuk, nama pengguna, dan kata laluan sementara.
- Klik pautan tersebut untuk membuka sistem dan masukkan maklumat log masuk sementara yang diberikan.
- Pesanan Pertama:
Semua ejen diwajibkan untuk membuat pesanan pertama dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan sistem dapat merekodkan pesanan tersebut.
Kursus 2: Asas Sistem Ejen
(Video tutorial: 3-5 minit)
- Pengenalan kepada Dashboard:
- Navigasi utama, termasuk header dan menu navigation.
- Penjelasan tentang halaman utama dan fungsi dashboard.
- Fungsi Profil:
- Cara menukar gambar profil, mengemaskini kata laluan, dan menyunting butiran akaun.
Modul 2: Fungsi MyShop dalam Sistem Ejen
Kursus 1: Membuat Pesanan dalam Sistem
(Video tutorial: 3-5 minit)
- Panduan langkah demi langkah membuat pesanan baharu dan melihat invois pesanan.
Kursus 2: My Orders
(Video tutorial: 3-5 minit)
- Memahami fungsi halaman pesanan termasuk pengenalan kepada tab utama.
- Menggunakan fungsi pencarian dan penapis untuk memudahkan pengurusan pesanan.
- Memahami struktur pesanan di dalam sistem.
Comments (0)
Selamat datang sebagai ejen baru!
Dalam modul ini, anda akan belajar langkah demi langkah bagaimana untuk menyediakan akaun anda, melengkapkan profil, dan memahami cara menggunakan sistem dengan mudah. Modul ini akan memfokuskan pada pengenalan bahagian-bahagian utama dalam sistem yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan sebagai ejen. Kami akan membantu anda membiasakan diri dengan sistem supaya anda dapat bekerja dengan lancar dan yakin.